Rabu, 11 September 2013

Bismillahhirrahmanirrahim,

Asslamualaikum Warrahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Datang kepada semua ke laman web KZNADZ Enterprise. Pertama sekali, kami ingin memanjatkan syukur kepada Allah S.W.T kerana atas kurnia dan izinnya maka kami dapat mengadakan laman web yang tidak seberapa ini dalam usaha kami meningkatkan lagi pemasaran dan memenuhi permintaan para pelanggan yang disayangi. Kami berbesar hati kerana anda sudi meluangkan masa untuk melawat halaman web kami dan kami sentiasa berusaha dalam memastikan agar kami dapat memberikan informasi dan perkhidmatan yang terbaik untuk anda semua.

Untuk pengetahuan semua, Laman Web KZNADZ Enterprise ini adalah laman web yang banyak menyediakan informasi berkaitan dengan produk makanan katering serta menyediakan perkhidmatan tempahan sepanjang tahun. Laman web ini adalah hak milik sebuah syarikat bumiputera KZNADZ e\Enterprise' yang diasaskan oleh Puan Nurul Nadia Binti Che Lah. KZNADZ Enterprise didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Johor Bahru pada 27 April 2012 dengan nombor pendaftaran JM0622483-D

Syarikat kami beroperasi di alamat NO.4379, Taman Sinar Harapan Tampoi, Jalan Hospital Permai, 81200 Johor Bahru. Kami telah beroperasi semenjak awal tahun 2011 secara kecil-kecilan sebelum membesarka perniagaan memandangkan permintaan yang menggalakkan. Di antara perkhidmatan dan produk yang kami hasilkan termasuklah perkhidmatan katering, pembuatan produk makanan, membekal bahan bercetak, makanan dan juga minuman.

KNADZ Enterprise sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama atau Joint Venture dari mana-mana orang perseorangan ataupun mana-mana syarikat yang berminat. Sila hubungi kami sekiranya anda ingin membuat sebarang tempahan atau perkhidmatan.

Ikhlas,


Admin.
KZ NADZ Enterprise.

0 ulasan:

Catat Ulasan